EN | | BM
Home Mushroom (JM0705771-P)

MENGENAI

Home Mushroom telah diasaskan oleh seorang anak muda. Selepas menamatkan pengajian di universiti, beliau berhijrah ke Singapura untuk mencari peluang pekerjaan memandangkan kadar matawang di sana sangat tinggi, dan percaya bahawa bekerja di Singapura adalah pilihan terbaik.
 

Selepas 5 tahun di Singapura, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk membina kerjaya impiannya yang tidak pernah padam selama ini.
 

Pada tahun 2014, beliau telah melepaskan jawatan yang bergaji tinggi di Singapura dan kembali ke tanahair untuk merealisasikan impiannya. Walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak namun beliau tetap bertegas dengan pendiriannya.
 

Seperti kata pepatah, "Semuanya adalah sukar pada permulaan". Beliau melakukan semua urusan kerja dengan tangannya sendiri. Ini termasuk, memesan bahan, penanaman, mengumpul cendawan, membungkus, mencari peluang perniagaan dan penghantaran.
 

Home Mushroom terletak di sebuah pekan kecil bernama Paloh. Paloh adalah sebuah pekan kecil di daerah Kluang di Johor, Malaysia. Anda boleh bau aroma kopi di mana-mana di Paloh. Tempat ini juga dikenali sebagai "Bandar Kopi"
 

Di Home Mushroom setiap cendawan yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun perosak dan pengawet, dan ia ditanam dengan berhati-hati. Buat masa ini, Home Mushroom juga menjual Bongkah Cendawan, Cendawan Tiram dan Cendawan Abalone. Kami merupakan pengeluar dan pembekal untuk Bongkah Cendawan, Cendawan Tiram dan Cendawan Abalone di sekitar Johor.


Anda mempunyai 0 produk di dalam bakul. Adakah anda ingin semak keluar?
0 barang
Tukar ke versi mobile
available in